|
Sejarah Selangau
Berdasarkan cerita daripada penduduk tempatan , Pekan Selangau mendapat namanya daripada Sungai Selangau yang merupakan salah satu daripada anak sungai Batang Mukah.
Penempatan awal penduduk di Pekan Selangau adalah terletak di kuala Sungai Selangau (iaitu berhampiran dengan SK Nanga Selangau). Pada masa tersebut, hanya terdapat 4 buah kedai yang dimiliki oleh kaum Cina dan Iban yang menjual pelbagai barangan keperluan harian kepada para penduduk yang tinggal di situ. Dipercayai bahawa mendiang Cr. Aleh.Ak. Juing, mendiang Encik Kee Siew Muang, mendiang Encik Buhui dan mendiang Encik Ayong merupakan peniaga pertama yang membuka perniagaan kedai runcit di Selangau pada masa tersebut.
Pada asalnya, kawasan ini di huni oleh kaum Beketan yang kemudiannya berpindah ke Ulu Tatau setelah kedatangan kaum Iban dari kawasan Kanowit dan Sg. Lemanak. Pada sekitar tahun 1930an atau 1940an yang kemudiannya berpindah dan membina penempatan di kuala Sungai Selangau. Kemudian, pada sekitar tahun 1960-an, iaitu setelah siapnya pembinaan Lebuhraya Borneo (Jalan Sibu/ Bintulu, para penduduknya mulai berpindah dan membina penempatan berdekatan dengan lebuhraya tersebut. |